about_us
Selamat datang ke DD Delicacy's, rumah kepada rasa tradisi yang diangkat dengan sentuhan moden. Kami bermula pada tahun 2019 sebagai usaha kecil-kecilan, sekadar menjual kuih kapit homemade kepada kawan-kawan dan saudara terdekat sahaja.
Bermula dari situ, sambutan yang positif mendorong kami untuk terus berkembang. Dari sekadar hobi sambilan, kini DD Delicacy’s menjadi perniagaan sepenuh masa yang kami jalankan dengan penuh komitmen.
DD Delicacy's lahir daripada minat yang mendalam terhadap kuih tradisional Melayu — khususnya kuih kapit. Kami percaya bahawa rasa klasik tidak pernah lapuk, malah boleh menjadi lebih istimewa apabila dipadankan dengan gaya moden. Oleh itu setiap keping kuih kapit kami dibuat secara handmade, nipis dan ranggup, menggunakan bahan berkualiti tinggi dan bersih.
Hari ini, kuih kapit kami bukan saja dijual secara langsung, tetapi juga melalui ejen-ejen serta mula dipasarkan di kedai-kedai sekitar. Kami bangga menawarkan kuih kapit yang ranggup, halus dan penuh rasa — hasil gabungan resepi tradisi dengan cita rasa moden,sesuai untuk semua lapisan umur.
Kami menyediakan pelbagai varian menarik untuk memenuhi citarasa semua sesuai untuk sepanjang zaman.
--=
About DD Delicacy's
Tradition, Taste, and a Touch of Modern Flair
Welcome to DD Delicacy's — where cherished traditional flavours are reimagined with a modern twist. Our journey began in 2019, starting as a humble home-based venture making kuih kapit for friends and close family.
What started small quickly grew, thanks to the warm support and positive feedback we received. From a weekend passion to a full-time commitment, DD Delicacy’s has now evolved into a dedicated business rooted in love for traditional Malaysian treats.
Our specialty is the classic kuih kapit — thin, crisp, and handmade with care. We believe that timeless flavours should be preserved, but that they can also shine brighter with a contemporary approach. Every piece is crafted using only clean, high-quality ingredients, ensuring both great taste and peace of mind.
Today, our kuih kapit is available not just through direct sales, but also via agents and selected local retailers. We’re proud to deliver products that are light, crispy, and bursting with flavour — a beautiful fusion of heritage and innovation that delights all ages.
With a growing selection of flavours, DD Delicacy’s is perfect for every taste and every generation — making every bite a nostalgic yet fresh experience.